Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Thursday, March 21, 2013

Keputusan SPM 2012


Seramai 13,721 (3.35%) calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berjaya memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran tahun ini berbanding 12.970 (3.10%) pada tahun 2011, kata Ketua Pengarah Pelajaran , Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud.
Katanya, bagi sekolah bukan KPM, seramai 2,072 (4.23%) calon memperoleh gred A berbanding 2,109 calon (4.37) calon pada tahun 2011 iaitu penurunan sebanyak 37 orang (0.14%) manakala bagi sekolah KPM pula menunjukkan peningkatan seramai 751 calon (0.16%).
"Pencapaian keseluruhan calon menurun sebanyak 0.04 mata Gred Purata Nasional (GPN) namun bilangan murid yang memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran meningkat sebanyak 0.16% ," katanya pada sidang akhbar analisis keputusan SPM di sini hari ini.
Menurutnya, penurunan GPN disebabkan bilangan mata pelajaran yang prestasinya menurun melebihi bilangan mata pelajaran yang prestasinya meningkat.
Tambahnya, dalam SPM 2012, prestasi dua daripada tujuh mata pelajaran teras iaitu Matematik dan Pendidikan Moral meningkat.



No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails