Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Wednesday, March 13, 2013

Keputusan STPM diumum Isnin ini


Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 akan diumumkan Isnin ini.
Menurut kenyataan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) semalam, calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehnya melalui pos.
Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM, RESULT, jarak, nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888.
Keputusan juga boleh diperoleh dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai pukul 12 tengah hari.
Satu sidang akhbar mengenai analisis keputusan peperiksaan akan diadakan pada 12 tengah hari di Dewan Besar MPM, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor.
Pada tahun 2012, seramai 51,673 calon menduduki STPM di 760 pusat peperiksaan.
Daripada jumlah itu, sebanyak 47,708 merupakan calon sekolah kerajaan, 1,112 calon sekolah swasta, 2,795 calon persendirian dan 58 calon sekolah kerajaan negeri.
Sementara itu, calon yang menduduki peperiksaan Penggal 1 STPM 2013 boleh menyemak keputusan mereka dengan melayari laman web MPM atau menghantar SMS pada 21 Mac ini. - Bernama



No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails