Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Wednesday, June 5, 2013

Jepun negara pertama layak ke Piala Dunia 2014 Brazil


DOHA: Jepun menjadi negara pertama menempah tempat ke final Piala Dunia 2014 di Brazil selepas mencatat keputusan seri 1-1 dengan Australia, awal pagi tadi. 

Iran pula kembali mengukuhkan kedudukan untuk ke Piala Dunia selepas menang 1-0 ke atas negara tuan rumah Piala Dunia 2022, Qatar, manakala Korea Selatan mensia-siakan peluang untuk mencatat kelebihan dua mata di dalam Kumpulan A selepas seri 1-1 dengan Lubnan. 

Gol penyamaan Jepun diperoleh menerusi Keisuke Honda yang menyempurnakan sepakan penalti selepas Australia melakukan jaringan menerusi Tommy Oar pada minit ke-82. 

Bagaimanapun, bola terkena tangan Matthew McKay ketika minit terakhir permainan bagi membolehkan Jepun memperoleh sepakan penalti. 

Jepun hanya memerlukan satu mata untuk perlawanan dalam Kumpulan B itu. - AP

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails