Tokyo, Jepun - Bandar raya Tokyo mengungguli hak penganjuran Sukan Olimpik 2020 selepas dipilih oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).
Ibu negara Jepun itu mengetepikan Istanbul, Turki dengan undi 60-36 pada pusingan akhir undian oleh IOC di Buenos Aires, Argentina kelmarin.
Madrid, Sepanyol pula tersingkir pada pusingan awal undian.
Keputusan undian itu hadir selepas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe memberi jaminan berhubung keselamatan krisis nuklear Fukushima kepada anggota-anggota IOC.
Krisis nuklear Fukushima berlaku ekoran bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda negara matahari terbit itu pada Mac 2011.
Kejayaan dipilih sebagai tuan rumah sukan itu disambut gembira oleh beribu-ribu orang yang berkumpul sejak awal pagi di pusat bandar di sini yang menonton siaran langsung pengumuman dari Buenos Aires.
Jepun sebelum ini pernah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun 1964. - Agensi
No comments:
Post a Comment