Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Wednesday, August 20, 2014

Iceland paling aman, Malaysia tempat ke-33

Sydney: Meskipun peluru berterbangan dan kekacauan melanda di beberapa pelusuk dunia, masih lagi ada negara dianggap paling aman, tanpa peperangan dan konflik.
Institut bagi Ekonomi dan Keamanan yang berpusat di Australia semalam mengeluarkan senarai Indeks Keamanan Global 2014 dengan menamakan Iceland sebagai negara paling aman di dunia ketika ini.
Institut itu melakukan kajian tahunan terhadap 162 negara dan ini tahun yang kelapan.
Iceland diikuti Denmark, Austria dan New Zealand. Switerzeland, Finland, Kanada, Jepun, Belgium dan Norway juga berada dalam kelompok 10 negara paling aman dunia.

Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia berada di tangga ke-33. Singapura pula ditangga ke-25, Indonesia, 54, Thailand, 126, Filipina, 134 dan Myanmar, 136.

Dalam pada itu, Syria dinobatkan sebagai negara paling tidak aman tahun ini, menggantikan Afghanistan. Iraq, Korea Utara, Pakistan dan Russia berada dalam senarai 10 terbawah sementara Zambia, Haiti, Argentina, Chad, Bosnia dan Herzegovina, Nepal, Burundi, Georgia, Liberia serta Qatar disenaraikan sebagai negara yang mungkin terjerumus dalam kekacauan dua tahun akan datang.

Kajian itu mengambil kira 22 penunjuk yang mengukur jumlah keganasan atau kebimbangan terhadap keganasan dalam masyarakat, termasuk faktor jumlah pembunuhan, populasi banduan, kemudahan memperoleh senjata, jenayah ganas dan belanjawan ketenteraan.

Kajian itu juga mendapati, hanya 11 negara berada di senarai paling rendah dalam semua bentuk konlflik iaitu, Switzerland, Jepun, Qatar, Mauritius, Uruguay, Chile, Botswana, Costa Rica, Vietnam, Panama dan Brazil.

Negara pengganas, Israel, menduduki tangga ke-149 dalam senarai itu. - Agensi

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails