Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Wednesday, September 22, 2010

Tarikh paksa potong gaji belum ditentukan - PTPTN



KERATAN Kosmo! 20 September 2010.


KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) semalam menjelaskan bahawa tarikh sebenar pemotongan gaji secara wajib bagi mendapatkan semula pinjaman pelajaran daripada semua peminjamnya masih belum ditentukan.
Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, tarikh yang diberikan sebelum ini iaitu Jun 2011 sebenarnya merupakan tarikh akhir hasil kertas cadangan tindakan itu diserahkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi dan bukan tarikh ia dilaksanakan.
Menurut beliau, sehingga sekarang, pihaknya masih berbincang dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi memperhalusi segala cadangan tersebut.
"Tiada percanggahan pendapat antara PTPTN dengan menteri. Sebagai pengerusi saya harus memberikan tarikh kertas kerja siap sebelum cadangan tersebut dapat dibentangkan dan mendapat kelulusan daripada Kabinet.
"Kami juga akan patuh segala keputusan daripada Kabinet selepas ini sama ada pindaan akan dibuat kepada Akta PTPTN 1997 atau tidak," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

1 comment:

noreed said...

PTPTN kurang kan lah charge perkhidmatan awak tu. tinggi bebenar.

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails