Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Thursday, September 23, 2010

Tiada siapa boleh persoal pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris: MPN

KOTA BHARU- “Tiada ada siapa yang boleh persoalkan,” Itu penegasan yang dibuat oleh Setiausaha Majlis Perajaan Negeri (MPN) Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias berhubung dengan satu petisyen bagi mendapatkan pengisytiharan pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan baru tidak mengikut perlembagaan sebagaimana yang dilaporkan media semalam. 

Beliau yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri berkata, MPN telah melaksanakan tugas berdasarkan undang-undang yang ada mengikut perlembagaan tubuh Kerajaan Negeri. 

“Kita tidak ragui keputusan kita (melantik Tuanku Muhammad Faris), kita buat berdasarkan undang-undang,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri perasmian Forum Model Baru Ekonomi Kelantan di Dewan Teratai Kota Darul Naim di sini semalam. 

Semalam akhbar melaporkan, peguam utama tuanku Ismail, Datuk Param Cumaraswamy memaklumkan Bekas Sultan Kelantan itu sendiri mengikrarkan dua afidavit sokongan petisyen ketiga, yang difailkan secara khusus bagi mendapatkan perintah Mahkamah Persekutuan sama ada Tuanku Muhammad Faris, sebagai Pemangku Raja Kelantan, mempunyai kuasa eksekutif meminda perlembagaan negeri berhubung peruntukkan mengikut perkara 3(2). 

Beliau berkata, terdapat dua isu perundangan berbangkit akibat pindaan itu sehingga membawa pelantikan Tuanku Muhammad Faris sebagai sultan yang baru. 

Tuanku Muhammad Faris dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September lalu oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan ia dilakukan selepas pindaan perlembagaan yang dibuat oleh MPN. 

Ditanya adakah MPN akan mencabar petisyen yang dibuat, Aiseri berkata, “Keputusan MPN adalah muktamad, tiada siapa yang boleh persoalkan (majlis pemasyhuran)”

1 comment:

Seri Bahasa said...

sikap liberlisma orang melayu akan mengakibatkan kepunahan institusi diraja. pihak illuminati akan senantiasa mencari kelemahan orang melayu sepertimana institusi diraja mereka hapuskan di sebelah barat. orang melayu harus ingat, selain agama islam institusi diraja adalah tonggak kesatuan bagi semua bangsa melayu.

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails