Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Sunday, October 3, 2010

Suspek utama kes Sosilawati disambung reman

SEPANG 2 Okt. - Polis melanjutkan tahanan reman sehingga 7 Oktober ini terhadap tiga suspek termasuk dua beradik peguam yang disyaki terlibat dalam kes kehilangan jutawan India, Allal Kathan Muturaja, sejak awal tahun ini.
Ketiga-tiga individu tersebut juga merupakan suspek utama dalam kes kematian Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu, pada bulan lalu.
Kesemua suspek dilihat tiba di Balai Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini pada pukul 9.45 pagi dengan diiringi kira-kira lima kereta polis dan dua buah motosikal peronda.
Mereka meninggalkan balai polis tersebut pada pukul 10.30 pagi selepas Majistret Hurman Hussain memerintahkan sambungan tahanan reman selama enam hari bermula hari ini.
Peguam yang mewakili dua beradik itu, Ravi Nekoo memberitahu pemberita bahawa polis pada mulanya memohon lanjutan reman selama tujuh hari tetapi hanya enam hari dibenarkan.
Ravi berkata, Majistret Hurman turut membenarkan salah seorang suspek utama untuk membuat laporan polis berhubung kegagalannya menemui peguam.
''Suspek utama pada pagi ini telah mengadu kepada majistret bahawa beliau tidak dibenarkan berjumpa dengan peguam.
''Kami memandang isu ini dengan serius kerana akses kepada peguam merupakan hak asasi manusia yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
''Kami telah menulis surat kepada Ketua Polis Negara dan timbalannya tetapi kami belum menerima apa-apa balasan sehingga hari ini," katanya.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails