Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Friday, January 28, 2011

Google ambil alih fflick

WASHINGTON 27 Jan. - Google meningkatkan pelaburannya dalam dunia hiburan dalam talian semalam dengan pembelian syarikat penyedia perkhidmatan yang menumpu kepada sembang mengenai filem dan menghubungkan selebriti dengan peminat.

Satu kenyataan di blog Google di YouTube mengumumkan pembelian fflick, satu perkhidmatan yang mengumpul mesej Twitter berhubung reaksi positif dan negatif mengenai filem.

''Terdapat perbualan menarik yang berlaku pada setiap masa di YouTube.com dan komen-komen yang berpotensi untuk menambah baik pengalaman ketika menonton video di YouTube,'' kata Pengurus Produk Kumpulan, Shiva Rajaraman.

Katanya, sebagai sebahagian daripada YouTube, pasukan fflick akan membantu menghubungkan video-video terbaik yang dibincangkan di semua laman web dan memberikan peluang untuk seseorang itu turut menyertai perbincangan itu. 

fflick yang berpangkalan di California, dilancarkan enam bulan lalu oleh bekas kakitangan Digg.

Google tidak menyatakan harga pembelian perkhidmatan yang dikatakan berjumlah kira-kira AS$10 juta (RM31 juta).

SayNow, satu program baru diasaskan pada 2005 dan berpangkalan di bandar Silicon Valley, Palo Alto berkata, perkhidmatan itu telah dibeli oleh Google.

''Melalui laman web, telefon pintar dan talian kekal, produk kami mengumpul pelbagai komuniti bersama melalui satu suara.

''Google mempunyai produk suara yang terbaik di dunia, kami percaya penggabungan dengan pasukan Google Voice akan membantu kami mencari inovasi dan bidang baru,'' tambah perkhidmatan itu dalam satu blog semalam.

SayNow mendakwa lebih 15 juta pengguna dan beribu-ribu selebriti menggunakan produk dan platformnya. - AFP

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails