Jawatan Kosong (Terkini)

Malaysia Career (Terkini)

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Malaysia Job Portal (Terkini)

JobStreet.com (Terkini)

Thursday, January 27, 2011

Google cari bakat tempatan

JULIAN PERSAUD (kiri), Mukhiriz dan Sajith pada majlis mengumumkan pembukaan pejabat baru Google di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Google Inc. (Google) kini mencari tenaga kerja tempatan yang bersifat analitikal dan pintar dalam pelbagai bidang untuk melengkapkan komitmennya dalam mengembangkan rangkaian perniagaan antarabangsanya melalui pembukaan operasi baru di Kuala Lumpur.
Pada masa ini, Google mempunyai lebih 60 pejabat di seluruh dunia termasuk di Singapura yang telah dibuka empat tahun lalu.
Menurut Pengarah Urusan Google Asia Tenggara, Julian Persaud, bakat tempatan berkualiti itu akan dapat membantu pengguna Google mendapatkan maklumat yang diperlukan, pada masa yang sama menyumbang dalam memajukan perniagaan-perniagaan tempatan.
"Pembukaan pejabat ini adalah sebagai langkah untuk kami menawarkan perkhidmatan platform pengiklanan, perkhidmatan web dan pengalaman pencarian terkemuka Google kepada pengguna, pengiklan dan rakan niaga kami di Malaysia.
"Ia juga sebahagian daripada langkah meluaskan pelaburan Google di rantau ini, di samping usaha berterusan untuk menyediakan produk tempatan yang memudahkan kehidupan mereka seperti Google Maps, Google News dan Google Translate," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pengumuman pembukaan pejabat kedua Google di rantau Asia Tenggara di sini semalam.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Mukhriz Mahathir dan Ketua Perniagaan Negara Malaysia, Sajith Sivanandan.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails