Jawatan Kosong (Terkini)

Malaysia Career (Terkini)

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Malaysia Job Portal (Terkini)

JobStreet.com (Terkini)

Tuesday, January 18, 2011

Khidmat bas wanita dilancar

KUALA LUMPUR 17 Jan. – Perkhidmatan bas RapidKL khusus untuk golongan wanita dilancarkan secara rasmi hari ini meliputi 15 laluan iaitu lapan laluan baru dan tujuh laluan yang diperkenalkan dalam tempoh percubaan bulan lepas.

Hasil tempoh percubaan itu, Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) yang bertanggungjawab ke atas RapidKL menerima sebanyak 94 peratus sokongan daripada responden supaya perkhidmatan bas itu diteruskan dan diperluaskan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang melancarkan perkhidmatan bas itu mengucapkan tahniah dan syabas kepada Prasarana dan RapidKL kerana membantu kerajaan mewujudkan persekitaran mesra untuk wanita.

‘‘Ini adalah usaha penambahbaikan bagi isu keselamatan untuk wanita dan paling utama memberi ruang kepada golongan wanita untuk merasa selesa ketika berada di dalam bas terutama semasa waktu puncak.

‘‘Selama ini, wanita terpaksa berhimpit-himpit dengan golongan bapa di dalam bas dan itu boleh menyebabkan wanita berasa kurang selesa dan tidak selamat,’’ katanya selepas melancarkan perkhidmatan Rapid Bas Wanita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di sini hari ini .

Shahrizat berkata, kementerian berharap perkhidmatan bas tersebut akan diperluaskan lagi ke kawasan-kawasan lain dan langkah ini dapat memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa isu keselamatan wanita adalah penting.

‘‘Bagaimanapun kita tetap memberi pilihan kepada golongan wanita untuk menggunakan perkhidmatan bas wanita sahaja atau bas biasa. Namun, saya rasa usaha RapidKL ini adalah langkah terbaik,’’ kata beliau.

Sementara itu, Pengerusi Prasarana, Tan Sri Izuddin Dali ketika ditemui berkata, berikutan sambutan yang menggalakkan ketika tempoh percubaan, pihaknya akan menambah lapan laluan baru selain tujuh laluan sedia ada.

‘‘Pihak syarikat menyediakan laluan pada waktu pagi dan petang iaitu khusus ketika waktu puncak. Waktu yang ditetapkan adalah 6.30 pagi hingga 7.45 pagi serta 4.30 petang hingga 6 petang,’’ katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Kumpulan Bas Prasarana, Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain berkata, walaupun perkhidmatan bas itu khusus untuk wanita, kanak-kanak lelaki di bawah umur 12 tahun dibenarkan menaikinya dengan ditemani oleh saudara perempuan.

‘‘Bagi memudahkan pengguna membezakan bas wanita daripada perkhidmatan biasa, syarikat menyediakan ikon Rapid Bas Wanita di bahagian cermin hadapan, pintu tingkap serta paparan skrin LED pada bas tersebut,’’ ujarnya.

1 comment:

fara feroza said...

ini sudah bagus...baru la rase selamat sikit naik bas...:)

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails