Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Tuesday, January 25, 2011

Penapis air pembawa mudarat

KUALA LUMPUR - Tahukah anda penggunaan penapis air yang tidak diselenggara dengan baik boleh membahayakan kesihatan penggunanya?
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), dua tahun lalu mendapati, penapis air boleh menghilangkan klorin sehingga menyebabkan berlaku pembiakan bakteria.
Menurut Pengarah Eksekutif Bahagian Kualiti Air Syabas, Roowina Merican A. Rahim Merican, air yang dibekalkan pihaknya adalah berkualiti tinggi namun pemasangan penapis air memberikan kesan sebaliknya.
"Kita memang tidak menggalakkan orang ramai memasang penapis air kerana air yang kita bekalkan memang terbaik dan menepati piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)," katanya.

1 comment:

iza said...

Salam..
Beli mahal2, rugi tak guna..
Utk kesihatan jgk kalau air yg kita dapat tu warna kuning macam teh tak cukup serbuk, sekurang2nya bila di tapis, dapat air jernih dan baik utk terus minum sahaja tanpa masak terlebih dahulu...

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails