Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Tuesday, January 25, 2011

Satu tahun proses mohon kerakyatan

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri menetapkan tempoh maksimum setahun bagi memproses permohonan kewarganegaraan berdasarkan hasil projek perintis membabitkan kementerian itu dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sejak awal tahun lalu yang membuktikan ia tidak mustahil dilakukan. 

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menegaskan tindakan mempercepatkan proses terbabit tidak bermakna kerajaan lebih bertolak ansur dalam aspek keselamatan atau melonggarkan syarat asas yang terkandung dalam undang-undang negara.

“Kita mampu lakukan perubahan ini berlandaskan Program Transformasi Kerajaan (GTP) ilham Perdana Menteri, yang mengesyorkan semua jabatan dan agensi kerajaan bekerja merentasi bidang tugas masing-masing bagi menyelesaikan sebarang isu, tidak lagi bekerja secara bersendirian.

“Pengalaman kita sejak setahun lalu berjaya merumuskan langkah untuk mengelakkan kes tertunggak sehingga bertahun-tahun, malah kaedah pengesahan dan keselamatan dokumen perjalanan atau dokumen pengenalan kini lebih terjamin dalam dunia tanpa sempadan. 

“Jika dulu, ada terpaksa menunggu sehingga 40 tahun sebelum menerima kewarganegaraan dengan tangisan kegembiraan, kini kita boleh beri keputusan dalam masa setahun,” katanya pada sidang media selepas majlis meraikan pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kementeriannya bagi 2009 dan 2010 di sini, semalam. 

Majlis keraian itu juga menyaksikan rakyat Malaysia, Lisa Lim Poh Lin, 34, memperoleh taraf kewarganegaraan bagi anak berusia dua bulan, Hannah Huixian Wong yang dilahirkan di United Kingdom. 

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails