Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Friday, February 11, 2011

BTN bukan badan tentu gaji kakitangan awam

KUALA LUMPUR: Biro Tata Negara (BTN) hanya menjalankan kursus kenegaraan, bukannya badan yang bertanggungjawab menaik atau menurunkan gaji kakitangan awam, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Shagul Hamid Abdullah.

Beliau berkata, agensi Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu melaksanakan kursus kenegaraan, Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Satu selaras dengan surat pekeliling perkhidmatan Bil 1 2003 bertajuk Pelaksanaan Kursus Kenegaraan.

“Bagaimanapun, kerajaan memutuskan kursus PTK dimansuhkan berkuat kuasa 1 Januari lalu seperti dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 13 2010 bertajuk ‘Pemansuhan Tahap PTK’ yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 30 November 2010.

“Pemansuhan ini juga membabitkan kursus kenegaraan PTK Satu yang dilaksanakan BTN,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.

Kenyataan itu bagi menjelaskan kenyataan CUEPACS yang mendakwa beratus penjawat awam yang berhak mendapat kenaikan gaji RM200 hinggga RM400 sebulan selepas lulus PTK aras empat tahun lalu, tidak mendapatnya berikutan tindakan BTN menghentikan kursus yang menjadi syarat wajib untuk menikmati anjakan itu.

Kelmarin, Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng dilaporkan berkata, penjawat awam terbabit tidak menerima sebarang makluman daripada BTN berhubung kursus itu sehinggalah pihaknya menghubungi mereka dan dimaklumkan kursus berkenaan dihentikan sehingga Jun depan.

Shagul Hamid berkata, pihaknya sudah memaklumkan mengenai pemansuhan kursus itu kepada semua Ketua Setiausaha kementerian pada 10 Januari lalu. 
Pada masa sama, katanya, pemansuhan pelaksanaan kursus kenegaraan itu juga dimuatkan dalam laman web BTN.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails