Jawatan Kosong (Terkini)

Malaysia Career (Terkini)

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Malaysia Job Portal (Terkini)

JobStreet.com (Terkini)

Tuesday, February 8, 2011

CUEPACS mahu gaji minimum RM900

KUALA LUMPUR: CUEPACS yang mewakili lebih sejuta kakitangan perkhidmatan awam merayu kerajaan supaya memperkenalkan gaji minimum RM900 sebulan dalam usaha membantu kakitangan berpendapatan rendah. 

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata ketika ini segelintir kakitangan kerajaan yang bekerja sebagai pekerja am rendah, pembantu pejabat dan pemandu masih menerima gaji asas antara RM600 hingga RM647 sebulan.

“Kita berasakan sudah tiba masanya struktur gaji sektor awam disemak semula dengan mewujudkan kadar gaji minimum selepas kali terakhir semakan dilakukan pada 2007.

“Jika sektor awam mempunyai gaji minimum, CUEPACS berasakan segelintir kakitangan awam tidak akan membuat kerja sampingan yang kini dilihat sedikit sebanyak menjejaskan prestasi kerja mereka,” katanya di sini, semalam. 

Omar berkata demikian pada sidang media sebelum merasmikan kursus pemantapan disiplin dan integriti Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM) di Pusat Belia Antarabangsa, di sini. 

Omar berkata, CUEPACS juga akan membangkitkan perkara itu pada Makmal Gaji Minimum yang dijadualkan berlangsung hari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. 

Beliau berkata, pihaknya juga akan mengadakan pertemuan bersama Kementerian Pelajaran dalam tempoh terdekat ini berhubung isu pekerja kontrak yang kehilangan kerja selepas kontrak perkhidmatan masing-masing tidak disambung semula. 

Sementara itu, Bahagian Komunikasi Korporat Kementerian Sumber Manusia dalam kenyataan semalam, berkata orang awam akan diberi peluang mengemukakan pendapat mengenai dasar gaji minimum apabila kementerian mengadakan Hari Terbuka bermula jam 10 pagi hingga jam 5 petang Sabtu ini. 

Katanya, program berkenaan diadakan di Wisma Perkeso, Jalan Tun Abdul Razak di sini. 

1 comment:

Anonymous said...

Org kerajaan wp gaji RM700>, tak campur lagi duit cola, elaun rumah dll. Rasanya lebih juga RM900.org swasta atau keja sendiri, ramai lagi bwh miskin tegar. Yg tu kena utamakan dulu..

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails