Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Friday, February 25, 2011

Harga RON 95, diesel tidak naik

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengekalkan harga semasa bagi RON 95 pada kadar RM1.90 dan diesel pada RM1.80 meskipun harga minyak dunia semakin meningkat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) kecil) semalam.
Menurut beliau, berikutan itu kerajaan sedang dalam perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk mencari alternatif bagi menampung peningkatan harga minyak dunia itu.
"Kerajaan akan mengekalkan harga semasa dan melihat opsyen atau alternatif lain walaupun tanggungan kerajaan bertambah.
"Setakat ini boleh tahan, untuk tidak naikkan harga RON 95 dan diesel," katanya selepas mengumumkan keputusan kewangan 2010 Bank Rakyat di sini.
Beliau berkata, peruntukan bajet untuk subsidi tahun ini sebanyak RM10.3 bilion dan jika trend itu berterusan, ia akan mencecah RM14 bilion.

2 comments:

Unknown said...

ala... jangan caya la ckp org nie.
tgok dulu dia ckp pe?

skrg naik jugak

xkane said...

kata jer tak naik...tgk2 2-3 hari terus naik...mcm biasa bro...heheh

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails