Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Monday, February 28, 2011

Nurmala KSU wanita kelima

Nurmala

KUALA LUMPUR 27 Feb. - Pelantikan Datin Paduka Nurmala Abdul Rahim sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi yang baru menjadikan lima wanita kini memegang jawatan utama itu, iaitu satu rekod dalam perkhidmatan awam negara.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pelantikan itu satu pencapaian yang amat bersejarah kepada golongan wanita di negara ini.

Menurutnya, ia akan meningkatkan bilangan wanita di peringkat pembuat keputusan.

"Usaha meningkatkan bilangan wanita yang berkaliber memegang jawatan utama dalam perkhidmatan awam bermula pada 2004 apabila kerajaan bersetuju dengan kementerian mengenai dasar sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nurmala dilantik ke jawatan berkenaan berkuat kuasa Jumaat lalu.

Empat lagi wanita yang memegang jawatan utama itu ialah Datuk Madinah Mohamad (Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) serta Datuk Dr. Rebecca Fatima Sta Maria (Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri).

Turut memegang jawatan sama ialah Datuk Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur (Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Datuk Loo Took Gee (Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air).

Shahrizat memberitahu, pada masa ini bilangan wanita di peringkat pembuat keputusan (Gred JUSA C dan ke atas) telah meningkat sebanyak 32.2 peratus.

Menurut beliau, fokus utama kementerian pada masa akan datang adalah untuk memastikan pencapaian tersebut dapat diperluaskan dalam sektor swasta dan syarikat milik kerajaan.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails