Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Tuesday, February 22, 2011

Kesihatan ketua iPhone masih jadi tanda tanya

LAMAN web berita, The National Inquirer menyiarkan imej Steve Jobs keluar dari sebuah kafe di Palo Alto, California dua minggu lalu.

PALO ALTO, Amerika Syarikat (AS) - Keadaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple Inc, Steve Jobs yang kurus dan cekung semasa beliau keluar bersama isterinya di negeri California mencetuskan tanda tanya dalam kalangan penganalisis kewangan mengenai tahap kesihatannya, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Pada minggu lalu, laman web berita, The National Inquirer menyiarkan beberapa gambar yang dirakamkan pada 8 Februari lalu menunjukkan Jobs di luar sebuah kafe di sini bersama isterinya, Lauren.
Beliau kelihatan kurus dan cekung ketika itu. CEO Apple itu sebelum ini disahkan menghidap penyakit barah pankreas dan beliau masih menjalani rawatan dari semasa ke semasa.
Baru-baru ini The National Enquirer melaporkan, keadaan kesihatan Jobs, 55, semakin serius.
Namun, Jobs kelihatan segar semasa dia menghadiri satu majlis makan malam kalangan usahawan teknologi AS bersama Presiden Barack Obama di utara California pada Khamis lalu sekali gus menepis dakwaan tersebut.
Turut hadir pada majlis perjumpaan itu termasuk CEO Facebook, Mark Zuckerberg, CEO Google, Eric Schmidt dan CEO Twitter, Dick Costolo.
Syarikat Apple merupakan pengeluar gajet popular di dunia seperti telefon pintar iPhone dan komputer tablet, iPad dengan lebih sejuta gajet itu dijual di seluruh dunia pada tahun lalu. - Agensi

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails