Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Thursday, February 17, 2011

Kompaun lalu lintas diselaras

PUTRAJAYA 16 Feb. – Semua kompaun kesalahan lalu lintas di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan diselaraskan mulai 1 Mac ini sekali gus membolehkan kadar denda yang sama dikenakan oleh polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau pihak berkuasa tempatan (PBT).

Di bawah peraturan baru, kompaun lalu lintas RM150 akan dinaikkan kepada RM200 jika tidak dijelaskan dalam tempoh 15 hari dan RM300 jika tidak dijelaskan dalam tempoh 30 hari.

Pemandu yang gagal menyelesaikan saman dalam tempoh 60 hari pula berdepan risiko diheret ke mahkamah.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha (gambar) berkata, kerajaan telah mengelaskan empat kategori kesalahan untuk saman yang dikeluarkan mulai 1 Mac ini.

‘‘Kadar kompaun maksimum sebanyak RM300 akan dikenakan untuk kesalahan berat yang menyumbang kepada kemalangan dan kesesakan, kadar untuk kesalahan berat tidak akan dikurangkan walaupun pemandunya menjelaskan kompaun lebih awal.

‘‘Untuk tiga kategori kesalahan yang lebih ringan pula, kadar kompaun yang lebih rendah akan dikenakan sekiranya pemandu menjelaskan saman itu lebih awal,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina Kementerian Pengangkutan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Cho Ha berkata, kompaun berganda akan dikenakan ke atas pemandu yang melakukan kesalahan secara berulang.

‘‘Kompaun berganda akan dikenakan jika pemandu melakukan kesalahan kategori satu, dua dan tiga sebanyak tiga kali atau lebih dalam tempoh dua bulan,” katanya.

Mengenai sistem Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) pula, beliau berkata, pemandu tidak akan dikenakan potongan markah sekiranya mereka menyelesaikan saman tertunggak dalam tempoh tiga bulan.

‘‘Pada masa ini, salah satu sebab pemandu enggan menjelaskan saman ialah mereka takut dikenakan potongan markah yang mungkin menyebabkan lesen mereka digantung,” katanya.

Sementara itu, Cho Ha turut mengumumkan kadar kompaun yang lebih rendah kepada penunggang motosikal di bawah 250 cc.

‘‘Untuk kesalahan yang lebih ringan, penunggang motosikal di bawah 250 cc akan dikenakan kadar kompauan yang lebih rendah berbanding kenderaan-kenderaan lain,” katanya.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails