Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Wednesday, February 16, 2011

Panel awam semak semula perlembagaan Mesir

KAHERAH - Rejim tentera Mesir semalam memberi amaran bahawa gelombang tunjuk perasaan yang melanda negara itu boleh memudaratkan negara. Kenyataan itu dibuat selepas ia memberi tempoh 10 hari kepada satu panel pakar-pakar awam untuk menyemak semula perlembagaan Mesir.
Ketika Mesir berdepan bantahan dan tunjuk perasaan di seluruh negara, junta tentera berjanji akan segera mengembalikan pemerintahan awam susulan kejatuhan rejim Hosni Mubarak.
Majlis Tertinggi Tentera mengarahkan satu panel yang disertai lapan juri dan ilmuwan untuk mengubah semua artikel perlembagaan sedia ada supaya dapat menjamin institusi demokrasi dan integriti pilihan raya parlimen dan presiden di Mesir.
Panel berkenaan mesti menyelesaikan tugas mereka dalam tempoh tidak lebih 10 hari selepas arahan itu dikeluarkan semalam dan ia perlu membubarkan semua artikel perlembagaan yang membenarkan seseorang presiden bertanding untuk penggal yang tidak terhad selain memansuhkan hak merujuk kes-kes ke mahkamah tentera.
Pihak tentera mengambil alih kuasa pada Jumaat lepas apabila pemerintahan hampir 30 tahun Hosni berakhir selepas beliau meletakkan jawatan.
Pada Ahad lalu, tentera telah menggantung perlembagaan dan parlimen tetapi ia berjanji akan menyerahkan kuasa kepada pemerintahan awam dalam tempoh enam bulan. - AFP

1 comment:

Rain said...

bersyukur & insaf bila kenangkan kemakmuran negara sendiri..

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails