Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Tuesday, June 28, 2011

Kabinet lulus 30 peratus wanita buat dasar

KUALA LUMPUR - Jemaah menteri telah meluluskan dasar sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, pihak korporat diberi tempoh peralihan selama lima tahun untuk meningkatkan bilangan wanita sebagai ahli lembaga pengarah dan memegang jawatan tertinggi di syarikat masing-masing.
"Mesyuarat Jemaah Menteri pada minggu lepas telah bersetuju dengan permohonan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat supaya lebih ramai wanita yang berkelayakan diberi peluang menjadi ahli lembaga pengarah syarikat.
"Saya yakin dan percaya inilah caranya bagi kita menghargai peranan wanita dalam konteks pembangunan negara kita kerana kebolehan wanita untuk mengendalikan jawatan-jawatan yang penting telahpun terbukti.
"Saya juga percaya keputusan yang dibuat oleh Kabinet ini merupakan satu landmark decision yang akan mengubah penyertaan wanita dalam negara kita kepada tahap yang jauh lebih tinggi lagi," katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen di sini semalam.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails