Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Friday, July 1, 2011

Semakan pemilih dalam satu alamat

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dari semasa ke semasa menambahbaik sistem dan proses pilihan raya di negara ini, terbaru mulai hari ini memperkenalkan sistem semakan pemilih dalam satu alamat.

Melalui sistem itu seseorang pemilih boleh mengetahui nama semua pengundi didaftarkan di alamat sama dengannya. Ini bagi memastikan senarai daftar pemilih bersih, termasuk dakwaan wujud pengundi hantu selain mengelak berlakunya keciciran nama pengundi.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata penambahbaikan itu membolehkan pemilih mengetahui jika ada orang lain menggunakan alamatnya mendaftar sebagai pengundi.

“Buka www.spr.gov.my dan masukkan nombor kad pengenalan anda. Sistem akan keluarkan semua nama berdaftar di alamat anda. Jika pemilih mengesan nama orang lain di alamatnya, mereka boleh buat laporan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri forum ‘Tuntutan Bersih – Apa Penjelasan SPR’, semalam.

Forum anjuran Institut Perkembangan Minda (INMIND) itu disertai lebih 300 orang membabitkan pelbagai agensi kerajaan, swasta, individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memberi penjelasan mengenai pembaharuan dan penambahbaikan dilakukan SPR. 

Wan Ahmad berkata, mulai Pilihan Raya Umum Ke-13, proses undi pos di kem tentera dan balai polis diambil alih sepenuhnya SPR dengan kehadiran wakil parti bertanding. 
“Tidak ada tentera dan polis akan urus undi pos mulai sekarang bagi mengelak wujud prasangka,” katanya.

Penambahbaikan lain yang akan dilaksanakan ialah penggunaan sistem biometrik atau imbasan ibu jari pengundi bagi mengelak penipuan berbanding penggunaan dakwat hitam kekal.

Wan Ahmad berkata, SPR juga mengkaji cadangan pelaksanaan kempen minimum 21 hari berikutan pertambahan parti dan pengundi.

“Kita faham kehendak mereka (BERSIH), namun perlu diteliti kerana membabitkan kos yang tinggi,” katanya.

Turut dikaji, pengundian awal bagi pengamal media yang bertugas pada hari pilihan raya, selain cadangan mewajibkan pendaftaran pemilih secara automatik apabila mencapai umur 21 tahun.

Sementara itu, menyentuh perhimpunan haram BERSIH, Wan Ahmad menasihatkan Pengerusi NGO itu, Datuk Ambiga Sreevenasan mendaftar pertubuhannya sebagai parti politik dan bertanding pada pilihan raya umum sekiranya tidak dapat memisahkan diri dan perjuangan pertubuhan berkenaan daripada agenda politik. 

2 comments:

mykhalis said...

denagr citer ada satu rumah 60 nama apa kes..heh

mykhalis said...

hmm..semoga berkesan

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails