Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Thursday, July 21, 2011

Bazar Ramadan: Perak kecualikan bayaran

IPOH - Kira-kira 5,000 peniaga bazar Ramadan di Perak pada tahun ini akan dikecualikan daripada keperluan membayar lesen kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata, pengecualian itu bertujuan menyemarak semangat Ramadan dan akan memudahkan para peniaga menjalankan perniagaan.
"Ini merupakan berita gembira buat para peniaga bazar Ramadan di seluruh negeri Perak,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini.
Keputusan itu dianggarkan akan mengakibatkan pengurangan pendapatan kira-kira RM800,000 kepada kesemua 15 PBT, termasuk Majlis Bandaraya Ipoh. - Bernama

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails