Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Thursday, July 21, 2011

Puasa: Waktu jual makanan ditetapkan

KOTA BHARU — Kerajaan Pas Kelantan hanya membenarkan penjualan makanan seawal pukul 3 petang sepanjang bulan puasa ini, termasuk di restoran makanan segera.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, bagaimanapun restoran makanan segera di pasar raya dan kompleks perniagaan yang kebanyakannya dikunjungi bukan Islam dan pelancong dikecualikan daripada peraturan itu dan dibenar beroperasi mulai pukul 10.30 pagi hingga 10.30 malam.
Beliau berkata, pengusaha kedai makan dan restoran makanan segera yang gagal mematuhi peraturan itu boleh dikenakan kompaun atau denda di mahkamah tidak melebihi RM500.
Garis panduan mengenai peraturan itu telah dihantar kepada semua peniaga dan ia tertakluk di bawah Undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) dan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini, katanya. — Bernama

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails