Jawatan Kosong (Terkini)

Malaysia Career (Terkini)

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Malaysia Job Portal (Terkini)

JobStreet.com (Terkini)

Monday, August 1, 2011

Info Ramadhan - Puasa Menahan Diri

Abu Hurairah r.a. melaporkan : Telah bersabda Rasulullah s.a.w. :Jika salah seorang kamu sedang berpuasa, maka jangan berkata-kata keji, dan jangan hingar-bingar (kecoh marah). Dan jika ada seseorang yang memaki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata ; sesungguhnya saya berpuasa. [Hadis yang disepakati oleh Imam Bukhari dan Muslim]

Dan lapor Abu Hurairah r.a. juga : Telah bersabda Nabi s.a.w. : Barangsiapa yang yang tidak meninggalkan kata-kata dusta (jahat) dan perbuatan dusta, maka Allah tidak berhajat darinya meninggalkan makan dan minumnya [Hadis Riwayat Imam Bukhari]

PENGAJARAN
Puasa bukan semata-mata menahan diri dari lapar dan dahaga, tetapi melaksanakan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala tegahan dan laranganNYA. Jika tidak, puasa hanyalah sia-sia.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails