Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Tuesday, July 12, 2011

Malaysia capai status negara tua 2030

KUALA LUMPUR 11 Julai - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengunjurkan Malaysia mencapai status negara tua pada 2030 apabila penduduk berumur 60 tahun ke atas mencapai 15 peratus daripada jumlah penduduk di negara ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, unjuran itu sejajar dengan peningkatan taraf kesihatan penduduk yang menyaksikan warga emas di negara ini kini berjumlah 2.1 juta, mewakili 7.3 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.

"Jangka hayat penduduk pula dijangka menokok daripada 72.6 tahun pada 2010 kepada 74.2 tahun pada 2020 bagi lelaki, manakala bagi perempuan daripada 77.5 tahun kepada 79.1 tahun untuk tempoh sama," katanya pada Sidang Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Noriah Mahat mengenai jumlah warga tua yang menginap di Rumah Seri Kenangan di bawah kendalian kementerian.

Shahrizat memberitahu, sembilan Rumah Seri Kenangan di seluruh negara yang dikendalikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat kini memberi penjagaan dan perlindungan kepada 1,942 penghuni terutama warga emas daif.

Katanya, selain Rumah Seri Kenangan, kementerian kini mengoperasikan 22 Pusat Jagaan Harian Warga Emas dengan kerjasama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memberi manfaat kepada 16,331 warga emas di seluruh negara.

"Peruntukan kewangan sebanyak RM733,260 telah disalurkan kepada NGO terbabit sepanjang 2010," katanya.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails