Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Monday, July 11, 2011

Semak PLKN sesi 2012 hari ini


CYBERJAYA 10 Julai - Sejumlah 140,000 bakal pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi sesi 2012 sudah boleh menyemak nama masing-masing mulai esok dengan melayari www.khidmatnegara.gov.my atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, daripada 515,697 remaja yang lahir pada 1994, seramai 140,000 terpilih untuk menyertai PLKN membabitkan kumpulan pertama bermula Januari tahun depan di 79 buah kem seluruh negara.

"Semakan tersebut hanya untuk memaklumkan nama yang terpilih manakala penempatan kem dan siri kumpulan pula boleh disemak pada Disember tahun ini.

"Sementara menunggu notis sampai ke rumah, mereka boleh membuat semakan melalui SMS atau laman web bermula esok untuk mengetahui sama ada terpilih atau tidak menyertai PLKN," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurut Abdul Hadi, bakal pelatih boleh membuat semakan menerusi SMS dengan menaip PLKN jarak SEMAK jarak nombor MyKad dan hantar ke 15888.

Terlebih dahulu, Abdul Hadi menghadiri majlis mengacau dodol untuk dibekalkan kepada pasukan keselamatan negara menjelang Hari Raya Aidilfitri anjuran Sekretariat Alumni PLKN dan syarikat Global Globe (M) Sdn. Bhd.

Menurut Abdul Hadi, sebanyak 1,000 kilogram dodol akan disumbangkan kepada pasukan keselamatan negara yang bertugas ketika hari raya nanti.

"Sumbangan akan diserahkan kepada Badan Amal Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) yang akan mengagihkannya kepada pasukan keselamatan," katanya.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails