Jawatan Kosong (Terkini)

Malaysia Career (Terkini)

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Malaysia Job Portal (Terkini)

JobStreet.com (Terkini)

Monday, July 25, 2011

Tiada tong sampah kena RM300

KUALA LUMPUR: Mulai hari ini, pemilik premis komersial dan rumah kediaman yang enggan menyediakan tong sampah di belakang premis mereka seperti dikehendaki Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) Pemungutan dan Pelupusan Kecil Sampah, akan dikenakan kompaun sebanyak RM300.

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan DBKL, Datuk Amin Nordin Abdul Aziz berkata, sebelum ini, menerusi UUK itu, pemilik premis dan kediaman yang gagal berbuat demikian, hanya dikenakan kompaun RM50 saja, menyebabkan ramai daripada mereka memandang rendah perkara itu.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Mohd Zain Hassan dan Ketua Perkhidmatan DRB-Hicom Berhad, Datuk Ahmad Nadzarudin Abdul Razak.“Disebabkan nilai kompaun yang kecil sebelum ini, kebanyakan pemilik premis dan kediaman dilihat masih enggan mengikuti peraturan ditetapkan itu dan hanya 60 peratus saja daripada golongan berkenaan yang berbuat demikian,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Gerak Tumpu 2 Wilayah Persekutuan pada hari terakhir kempen itu di siar kaki Little India, di sini.

Kempen itu yang menjadi kesinambungan kepada Gerak Tumpu 1 Wilayah Persekutuan yang berjaya mengumpul 1.5 juta tan sisa pepejal setiap hari sebelum ini, akan memberi tumpuan dalam usaha ‘menghapuskan’ kewujudan sampah sarap di tujuh kawasan iaitu Brickfields sebagai lokasi utama, selain Medan Imbi, sekitar Jalan Brunei, Fajar Lama Sungai Besi, Kompleks Damai, Menara Seputeh dan tepian Loke Yew.

Bagaimanapun, Amin berkata, pemeriksaan kali kedua yang dilakukan selepas pengedaran sebahagian daripada 15,000 notis yang disasarkan bagi mengarahkan pemilik premis dan kediaman menyediakan tong sampah tahun ini, menunjukkan wujudnya peningkatan dalam jumlah pemilik premis dan kediaman yang berbuat demikian. 

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails