Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Monday, July 25, 2011

Renungan Petang Isnin..

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-
  •  Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
  •  Lelaki yang sedia menerima segala teguran
  •  Lelaki yang memberi madu,walaupun setelah menerima racun
  •  Lelaki yang tenang dan lapang dada walaupun dlm konflik tak berkesudahan
  •  Lelaki yang baik sangka dan senantiasa memikir utk kebaikan.
  •  Lelaki yang tak pernah putus asa..jauh sekali mengeluh berkali2..

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Dan keseluruhan kecantikan itu ada pada Nabi Muhammad dan ianya adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-
  •  Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
  •  Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
  •  Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
  •  Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah r.a. adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW :”Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat “
Firman Allah Taala :
Supaya Ia memberi taufik dengan menjayakan amal-amal kamu,dan mengampunkan dosa-dosa kamu.Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.
( Al-Ahzaab : 71 )

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails