Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Thursday, September 22, 2011

IJN perkenal peranti jantung mekanikal terbaru

DR. Mohamed Ezani Md. Taib (empat dari kiri) dan Dr. Robaayah Zambahari (dua dari kanan) menunjukkan alat sokongan jantung mekanikal terbaru di IJN, semalam.

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Institut Jantung Negara (IJN) hari ini memperkenalkan alat sokongan jantung mekanikal terbaru yang membolehkan pesakit menjalani kehidupan normal sementara menunggu pemindahan organ.

Perunding Pakar Bedah Kardiotorasik IJN, Dr. Mohamed Ezani Md. Taib berkata, alat sokongan ventrikular 'HeartWare' yang diperkenalkan awal tahun ini itu merupakan model yang komprehensif berbanding model sebelumnya.

"Saiz peranti 'HeartWare' itu lebih kecil dan ringan berbanding model sokongan jantung mekanikal yang pernah diperkenalkan sebelum ini.

"Peranti seberat 160 gram itu akan ditanam bersama jantung pesakit bagi mengambil alih fungsi ventrikel kiri untuk mengepam darah terus ke dalam pam mekanikal yang kemudiannya akan mengepam darah ke seluruh badan pesakit," katanya pada sidang akhbar bagi memperkenalkan peranti tersebut di IJN hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Tan Sri Dr. Robaayah Zambahari.

Tambah Mohamed Ezani, peranti tersebut mempunyai polip driveline kecil yang boleh mengurangkan risiko jangkitan kuman serta mampu menjana aliran darah sehingga 10 liter setiap minit.

"Parameter pam akan dipaparkan pada alat kawalan yang menggunakan kuasa dua buah bateri khas dan ia mampu bertahan sehingga 12 jam.

"Kabel kuasanya juga berkonsepkan mesra pengguna, mudah dibawa ke mana sahaja dan alat ini mampu bertahan sehingga lima tahun," ujarnya.

Sementara itu, seorang pesakit yang menggunakan peranti 'HeartWear', K. Sivaraman, 29, berkata, alat sokongan jantung mekanikal tersebut lebih mudah digunakan berbanding peranti sebelum ini.

"Penggunaan peranti terbaru ini memudahkan saya bergerak ke mana sahaja kerana bentuk dan saiznya yang kecil dan ringan.

"Sejak menggunakannya Mac lalu, saya tidak mengalami sebarang komplikasi dan kini saya boleh menjalankan aktiviti harian seperti biasa," katanya.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails