Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Wednesday, September 28, 2011

Tarikh tamat pendaftaran semula kenderaan perdagangan tidak dilanjutkan


KUALA LUMPUR 27 Sept. - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak akan melanjutkan tempoh pendaftaran semula kenderaan perdagangan yang tamat pada Jumaat ini.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, tempoh enam bulan mulai 1 April lalu untuk para pengusaha mendaftarkan kenderaan perdagangan mereka adalah satu jangkamasa yang panjang dan tidak munasabah untuk dilanjutkan lagi.

Menurutnya, setakat ini 200,000 daripada 360,000 kenderaan perdagangan sudah didaftarkan dengan SPAD.

"SPAD sudah beri tempoh enam bulan, tetapi sehingga kini jumlah yang berdaftar masih lagi kurang. Kami tak mungkin melanjutkan tempoh untuk mendaftarkan semula kenderaan berkenaan kerana masa yang cukup diberikan kepada semua pemilik kenderaan tersebut.

"Untuk syarikat-syarikat besar tiada masalah tetapi bagi syarikat-syarikat kecil, mereka masih tidak mahu berdaftar," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Touch 'n Go Sdn. Bhd., (TNGSB) dengan Express Link Sdn. Bhd., (ERL) di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif ERL, Noormah Mohd. Nor dan Ketua Pegawai Eksekutif TNGSB, Abdul Karim Md. Lassim.

MoU itu bertujuan meluaskan perkhidmatan Touch 'n Go yang kini boleh digunakan di KLIA Ekspres.

Syed Hamid berkata, jika pemilik kenderaan gagal mendaftar, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya di bawah Akta Pengangkutan Darat 2010.

"Pendaftaran semula itu penting bagi membolehkan SPAD mengeluarkan lesen operasi baru kepada pemilik individu dan syarikat pengangkutan darat di negara ini bermula awal Januari tahun depan.

"Jangan pandang remeh perkara ini, semua kena ikut undang-undang dan kalau tidak berdaftar juga pemilik-pemilik itu boleh dikatakan beroperasi secara haram," katanya.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails