Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Wednesday, September 28, 2011

Telur ayam semua gred naik dua sen


KUALA LUMPUR 27 Sept. - Harga telur ayam bagi semua gred dinaikkan sebanyak dua sen sebiji di seluruh Semenanjung mulai semalam atas alasan kekurangan bekalan.

Pengerusi Unit Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Yap Hoong Chai ketika mengumumkan perkara itu berkata, ia menjadikan peningkatan RM2 untuk setiap 30 biji telur dari peringkat ladang, borong serta runcit.

Katanya, ia menjadikan harga baru bagi telur ayam gred AA peringkat runcit meningkat kepada RM32.50 untuk 30 biji berbanding RM30.50 sebelum ini manakala telur gred A berharga RM32 berbanding RM30 bagi jumlah sama dan telur gred B RM31 berbanding RM29.

Sementara itu jelasnya, harga untuk 30 biji telur ayam gred C ialah RM30 berbanding RM28 manakala gred D RM29 berbanding RM27.

"Kenaikan harga telur disebabkan oleh permintaan tinggi daripada pihak pembeli serta peruncit," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails