Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Thursday, October 13, 2011

Kanak-kanak, remaja Malaysia layari Internet 19 jam seminggu


KUALA LUMPUR - Kanak-kanak dan remaja Malaysia berumur lapan hingga 18 tahun didapati melayari Internet pada purata 19 jam.

seminggu, menyebabkan mereka sentiasa terdedah ancaman negatif dunia siber seperti buli, penipuan identiti dan pornografi.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, berdasarkan laporan antarabangsa, Norton Online Family Report 2010, hanya empat daripada 10 ibu bapa di negara ini, mengawasi kandungan laman diakses anak mereka.

“Oleh yang demikian adalah amat penting bagi ibu bapa memberi lebih perhatian kepada anak-anak dengan turut mengawasi laman web diakses mereka,” katanya selepas merasmikan seminar mengenai perlindungan kanak-kanak ‘Child Online Protection’ di sini, semalam.

Berikutan kebimbangan mengenai ancaman siber terhadap kanak-kanak dan remaja, katanya, kementerian dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pelajaran, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Polis Diraja Malaysia, CyberSecurity Malaysia dan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unicef) menganjurkan seminar ini bagi membincangkan rangka kerja dasar dan perundangan untuk melindungi mereka.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails