Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Thursday, October 20, 2011

Samsung keluar telefon Galaxy

DUA model wanita menunjukkan telefon bimbit Galaxy Nexus 
Android di Hong Kong semalam.

HONG KONG - Gergasi elektronik Korea Selatan, Samsung Electronics semalam memperkenalkan telefon bimbit terbaharunya, Galaxy Nexus.
Ia merupakan telefon pintar pertama menggunakan versi terkini sistem pengoperasian Android keluaran Google.
Galaxy Nexus merupakan hasil kerjasama Samsung-Google.
Pengeluaran itu adalah reaksi terhadap telefon pintar terbaharu keluaran Apple, iPhone 4S yang sudah dijual melebihi empat juta unit selepas kurang seminggu ia dipasarkan.
Dalam satu majlis pelancarannya di sini, Eksekutif Google, Andy Rubin berkata, sistem pengoperasian terkini Android itu yang dikenali sebagai Sandwich Ais Krim boleh digunakan pada telefon bimbit, komputer tablet dan pelbagai gajet lain.
Telefon itu turut memiliki teknologi pengecaman muka dan bukan kata laluan untuk mengaktifkannya.
Ia akan mula dijual pada bulan depan di Amerika Syarikat, Eropah, dan Asia termasuk China serta Jepun.
Harga telefon pintar tersebut bagaimanapun tidak didedahkan. - Agensi

1 comment:

Syafiqah Sabki said...

aissy teringin nak satu tapi mesti mahal..wuuwuu

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails