Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Wednesday, October 31, 2012

Bantahan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)


Bantahan dan desakan agar Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ditangguhkan semakin hangat diperkatakan pada hari ini.  Setelah bantahan dan desakan dari negeri-negeri Pakatan Rakyat dan Pemuda Umno agar menangguhkan sistem AES ini, kini pertubuhan Cuepacs pula membuat pendirian yang sama.

Gesaan supaya sistem ini ditangguhkan kerana desakan daripada kakitangan awam yang membuat pelbagai aduan mengenai masalah yang akan mereka hadapi jika sistem ini dilaksanakan. Ini kerana penjawat awam yang setiap hari menggunakan jalan raya untuk berulang-alik ke tempat kerja dan termasuk mereka yang perlu bergegas atas arahan jabatan masing-masing. Mereka meminta supaya sistem ini dikaji semula untuk melihat lokasi yang sesuai diadakan kamera dan perlu ada koordinasi di setiap negeri termasuk negeri-negeri ditadbir PR.

Mengikut laporan yang disiarkan di dalam Sinar Harian, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman   berkata, jalan raya yang dilihat selamat dan tanpa sebarang punca kemalangan hanya perlu dipasang papan tanda had laju dan tanpa sistem AES. Menurut beliau lagi sistem AES ini adalah perkara yang baru dan rakyat perlu diberikan penerangan yang sewajarnya terlebih dahulu sebelum sistem ini sesuai dan boleh dikuatkuasakan. Beliau turut meminta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melakukan lawatan kerja bersama pihaknya di tempat operasi sistem pemasangan AES tersebut.

Selain itu, beliau menggesa keras kerajaan supaya mengkaji semula sistem pemasangan AES di setiap lokasi dan jika tiada tindakan, Cuepacs akan bertindak mengedarkan soal selidik kepada rakyat, pekerja dan pengguna jalan raya. Cuepacs juga akan mengambil tindakan dengan mengedarkan soal selidik kepada rakyat, pekerja  dan pengguna jalan raya sama ada bersetuju atau tidak dengan pemasangan sistem AES ini jika kerajaan tidak mengkaji semula penguatkuasaannya.

Kalau ditanya pada semua pengguna jalan raya mesti majoritinya ramai yang tidak bersetuju jika ia dilaksanakan. Apa yang penting di sini adalah ianya tidak perlu dilaksanakan dengan tergesa-gesa tanpa mengambil kira pendapat dan hak rakyat untuk meluahkan pandangan dan pendapat masing-masing. Sepatutnya pihak yang terlibat terlebih dahulu perlu memberikan taklimat kepada pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), kakitangan kerajaan dan juga rakyat untuk menilai keberkesanan Sistem AES ini. Wajar atau tidak ianya dikuatkuasakan. Pendapat anda?



No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails