Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Wednesday, October 31, 2012

Lebih 20,000 Kad Komuter 1Malaysia dikeluarkan



Berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Belanjawan 2013, Kad Komuter 1 Malaysia telah diperkenalkan oleh bahagian komuter KTMB di mana lebih 20,000 Kad Komuter 1Malaysia telah dikeluarkan sejak pendaftaran dibuka pada 22 Okt lepas.
Bahagian Komuter KTMB menyediakan kaunter permohonan di 11 stesen sekitar Lembah Klang termasuk di Seremban, Kepong, dan Sungai Buloh. Ianya dibuka pada setiap hari kecuali cuti umum sehingga 21 Nov depan bagi memudahkan proses permohonan kad tersebut 
Mereka yang layak adalah pengguna komuter KTMB yang berpendapatan RM3,000 ke bawah dan mereka ini akan diberikan diskaun sebanyak 50 peratus.
Dalam pada itu sebanyak 36 set MyKomuter telah beroperasi sekitar Lembah Klang yang membolehkan pengguna menaiki tren dengan kekerapan 15 minit pada waktu puncak pagi dan petang.
KTMB berusaha untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatannya termasuk menaik taraf parkir dan membina kemudahan yang mesra Orang Kelainan Upaya (OKU). Selain itu juga pihak KTMB sedang mengusahakan sistem kutipan tiket automatik baharu yang menggunakan teknologi seperti 'Contactless Smart Card' (CSC) dan 'Contactless Smart Token' (CST) yang dijangka akan mula beroperasi awal tahun depan
Selepas ini bagi mereka yang menjadikan komuter sebagai pengangkutan harian bolehlah mendapatkan Kad Komuter 1 Malaysia ini dan ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan perbelanjaan bulanan kita khususnya bagi belanja pengangkutan.

Cara untuk mendaftar Kad Komuter 1 Malaysia ini hanyalah dengan mengemukakan Kad Pengenalan dan salinan kad pengenalan, serta mengisi borang dengan lengkap. Setelah itu kad ini akan diperolehi pada hari yang sama semasa pendaftaran, Kad Komuter 1 Malaysia ini sah untuk setahun dan yuran pendaftarannya hanyalah RM1 sahaja.


No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails