Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Thursday, October 25, 2012

Kelantan mahu AES ditangguh



Seperti yang dilaporkan di dalam akhbar tempatan sebelum ini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan akan memperkenalkan Sistem AES pada tahun hadapan di negeri Kelantan (rujuk artikel sebelumnya DI SINI). Perkembangan terkini mengenainya adalah Kerajaan Negeri Kelantan mahu Kerajaan Persekutuan menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, penggunaan kamera AES wajar ditangguhkan memandangkan Kerajaan Negeri sendiri tidak dimaklumkan lebih awal mengenai perkara tersebut.

“Kita fikir perlu mendapatkan penjelasan lebih lanjut mengenai pelaksanaan sistem ini. Kita minta Setiausaha Kerajaan Negeri memanggil Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan untuk memberi taklimat mengenai perkara ini.

“Kalau untuk jalan persekutuan, pemegang konsesi AES ini perlu dapatkan kelulusan Jabatan Kerja Raya (JKR). Jika jalan di bawah seliaan negeri, perlu kebenaran daripada pihak berkuasa negeri tetapi setakat ini kita tidak menerima apa-apa permohonan pun daripada pihak berkenaan.

“Tetapi saya difahamkan kamera AES sudah pun dipasang di negeri ini. Kita bukan menentang pelaksanaan sistem ini tetapi minta ditangguhkan agar kita mendapat penerangan lanjut mengenainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat Exco hari ini.

Takiyuddin berkata, Kerajaan Negeri juga berpendapat pelaksanaan sistem AES itu dilihat membebankan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.

“Banyak perkara yang tidak jelas sebenarnya. Difahamkan kamera AES dipasangkan di kawasan yang had lajunya 30 hingga 70 kilometer sejam. Macam tak logik sekiranya kamera tersebut dipasangkan di kawasan seperti itu.

“Difahamkan satu saman kena bayar RM300.  Kalau kena saman tiga atau empat kali sehari bagaimana? Cuba bayangkan pelaksanaan sistem ini sedangkan keberkesanannya sendiri pun kita tidak tahu lagi macam mana,” katanya.

Menurut Takiyuddin, daripada kajian yang dilakukan, tidak semua negara-negara di dunia melaksanakan sistem AES ini.

“Tak semestinya menerusi AES sahaja, ada banyak lagi kaedah atau mekanisma lain yang boleh digunakan untuk mendidik pengguna mematuhi peraturan jalan raya. Perkara ini pun masih tidak jelas kerana sedang rancak dibahaskan di Parlimen,” katanya.





















No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails