Macam-macam
kisah yang berlaku di negara kita sejak akhir-akhir ini terutamanya masalah
remaja dan juga buli di sekolah. Tetapi apa yang ingin aku paparkan di sini
adalah mengenai kejadian yang berlaku semalam di mana seorang pelajar yang
teruk dibelasah oleh dua pelajar sebayanya sehingga terkorban selepas
tengkuknya patah akibat ditindih dengan menggunakan lutut .
Apa yang aku kesalkan adalah semasa kejadian ini berlaku terdapat lebih 30 individu termasuk pelajar sekolah serta orang dewasa yang menyaksikannya dan mereka ini langsung tidak membantu untuk meleraikan pergaduhan ini bahkan mereka melarikan diri apabila mendapati mangsa telah terbaring kaku. Di mana hilangnya keprihatinan masyarakat kita pada hari ini.
Kejadian yang berlaku pada pukul 2.30 petang di Perhentian bas Pulau Sebang, Tampin itu amat menyedihkan kerana mangsa K Saravannan, 14 ditumbuk bertubi-tubi selama hampir setengah jam oleh dua pelajar tersebut sehingga tidak sedarkan diri.
Mangsa yang mengalami kecederaan teruk disahkan meninggal dunia ketika di dalam perjalanan ke Hospital Tampin, Negeri Sembilan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, siasatan awal mendapati sebelum pergaduhan, berlaku cabar-mencabar antara mangsa dengan dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mansur Shah.
Ekoran kejadian itu, polis menahan dua pelajar masing-masing berusia 14 tahun empat jam kemudian bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh. Sabit kesalahan, mereka boleh dihantar ke pusat tahanan Henry Gurney, Melaka untuk satu tempoh yang ditetapkan mahkamah.
No comments:
Post a Comment