Hasrat pemain The Red Warrior, Norshahrul Idlan Talaha untuk beraksi dengan pasukan Johor pada musim depan tidak kesampaian apabila permohonannya untuk pelepasan ke pasukan tersebut ditolak oleh KAFA. Dengan ini Mat Yo terpaksa melupakan tawaran lumayan yang telah dibuat oleh Johor. Mengikut laporan daripada Pihak KAFA, permintaannya ditolak kerana Mat Yo masih mempunyai kontrak setahun lagi dengan pasukan itu.
Menurut mereka, pasukan Kelantan masih lagi memerlukan khidmat Mat Yo yang juga Pemain Terbaik Final Piala Malaysia untuk menghadapi cabaran Liga Malaysia pada musim depan.
Usaha yang dilakukan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) untuk mendapatkan khidmat Mat Yo dibuat dengan menawarkannya tawaran gaji yang lumayan iaitu RM80,000 sebulan malahan mereka sanggup menebus kontrak pemain itu yang dianggarkan bernilai RM1 juta bagi memastikan dia dapat beraksi bersama skuad Harimau Selatan musim depan.
Dalam pada itu menurut Mat Yo, dia menyerahkan kepada pengurusan kedua-dua pasukan untuk berbincang mengenai perpindahan itu. Terpulang kepada keputusan yang dicapai. Kalau Kelantan lepas, saya akan pergi. Jika tidak, saya akan kekal hingga kontrak saya tamat.
Katanya lagi, status rundingan daripada pengurusan kedua-dua pasukan masih tidak diketahui kerana sedang menjalani latihan bersama skuad kebangsaan.
Sementara itu, mengenai pemain import The Red Warriors iaitu Mohammad Ghaddar yang diberitakan akan meninggalkan pasukan setelah menerima tawaran dari sebuah pasukan kelab dari Dubai masih belum membuat keputusan untuk menerimanya atau tidak. Kontrak setahun Ghaddar dengan Kelantan sudah tamat dan kita sedang berbincang dengannya bagi menawarkan kontrak baru.
Menurut pihak Pengurusan KAFA lagi, andai kata jika Ghaddar menerima tawaran tersebut maka kemungkinan pihaknya hanya menggunakan khidmat Keita Mandjou dalam saingan Liga Super bagi menggantikan tempatnya.
Aku mengharapkan yang terbaik bagi pasukan Kelantan agar dapat mengharungi musim depan dengan cemerlang dan mengekalkan rentak permainan sebagai pasukan yang disegani di Malaysia. Buat Mat Yo, khidmat anda masih diperlukan dan para peminat amat menyokong anda untuk lebih berjaya dan membawa pasukan Kelantan ke Piala Malaysia lagi pada musim hadapan.
1 comment:
yeay ! hahaha
Post a Comment