Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Monday, October 29, 2012

Tablet Windows 8 LG H16



Penggemar telefon terutamanya Tablet Window 8 dengan rekaan kekunci kini semakin teruja dan tidak sabar kerana LG Mobile baru saja memperkenalkan rekaannya iaitu LG H160. 

Rekaannya adalah mirip kepada rekaan Asus Eee Pad Slider yang memiliki kekunci slide. Ciri-ciri yang membezakannya adalah apabila untuk mengeluarkan kekunci QWERTY, anda hanya perlu menekan satu tombol khusus yang tersemat pada layar untuk membolehkan kekunci itu muncul. 

Ia mempunyai rekaan yang nipis iaitu 16 milimeter dan mempunyai berat sekitar 1.04 kilogram. Secara luarannya tablet ini tidak mempunyai banyak perbezaan dengan tablet android lain di pasaran. 

Layar skrinnya agak besar 11.6 inci dengan resolusi 1366x768 piksel. Manakala untuk prosesor, LG menggunakan prosesor Intel Clover Trail. 

Terdapat sebatang pen sesentuh disisipkan sekali pada bahagian sisi kerangka LG H160, walau begitu tidak pasti sama ada pen itu bertindak sebagai stylus atau pun digitizer pointer

Tablet ini turut memiliki palam USB, palam HDMI, slot memasukkan kad memori MicroSD serta papan kekunci penuh. Sayangnya tidak ada touchpad disertakan pada papan kekunci untuk memudahkan pergerakan cursor. Anda perlu menggerakkan mouse cursor di skrin melalui sentuhan hujung jari. 

Pihak LG mengatakan bahawa bateri tablet ini mampu bertahan hingga 10 jam. LG masih belum mengumumkan bilakah mereka akan memperkenalkan LG H160 ke pasaran

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails