Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Monday, October 29, 2012

Pemohon BR1M 2.0 dijangka meningkat 10%


Di dalam pembentangan Bajet 2013 yang telah diumumkan baru-baru ini, Bantuan BR1M telah diteruskan lagi dengan nama Bantuan BR1M 2.0 Malaysia dengan penambahbaikan iaitu peruntukan diberikan juga kepada individu (bujang) yang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan. Jumlah bantuan adalah sebanyak RM250.

Seperti yang kita maklum penerima bantuan BR1M  untuk yang bekeluarga kekal bantuan pada jumlah RM500 dan isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah tidak lagi perlu mengemukakan borang permohonan dan proses pembayaran dijangka dibuat pada Januari tahun depan.

Maklumat terkini yang dilaporkan oleh akhbar tempatan iaitu bilangan isi rumah yang layak memohon skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun ini dijangka meningkat sebanyak 10 peratus berbanding tahun lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, sebahagian besar pemohon baru itu terdiri daripada rakyat yang memenuhi kriteria tetapi tidak mengemukakan borang permohonan pada 2011.

Pemohon baru boleh memuat turun borang permohonan BR1M menerusi laman web Kementerian Kewangan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau mendapatkannya di lokasi-lokasi yang ditetapkan mulai 1 November ini.

 Pada tahun ini, kerajaan telah mengagihkan sebanyak RM2.51 bilion menerusi BR1M kepada 4.53 juta isi rumah berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan. Peruntukkan Bantuan BR1M 2.0 Malaysia pada kali ini adalah sebanyak RM3 bilion.



No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails