Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Monday, October 29, 2012

Janin dibuang digigit anjing liar, pecah kepala digilis kenderaan



Berita yang sangat menyedihkan dan berlaku pada malam tadi. Janin dibuang digigit anjing liar dan pecah kepala kerana digilis kenderaan.  Itulah yang berlaku kepada janin lelaki malang ini yang dibuang oleh 'ibu bapanya'.

Lebih memilukan apabila janin yang dibuang ini adalah cukup sifat dan hasil bedah siasat mendapati ianya berusia kira-kira enam bulan dan disahkan mati akibat pengguguran. Apa yang nak jadi kepada anak muda kita pada hari ini.

Dalam kejadian pukul 9.30 malam itu, seorang wanita telah menghubungi polis selepas menemui satu janin yang dibungkus dengan plastik hitam di tengah jalan di Blok 109 di Apartmen Pudu Impian, Cheras.

Amat mengejutkan apabila kita meneliti statistik yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tentang kes buang bayi di negara kita sejak tahun 2005 hingga Januari tahun ini, sebanyak 517 kes buang bayi direkodkan dalam tempoh enam tahun kebelakangan ini. 



No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails