Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Saturday, November 10, 2012

Anugerah Skrin 2012


Malam tadi telah berlangsungnya Anugerah Skrin 2012 yang disiarkan secara langsung di TV3. Bagi mereka yang menontonnya, seperti yang diramalkan filem Bunohan telah berjaya memenangi anugerah bagi kategori Filem Terbaik Anugerah Skrin (ASK) 2012.

Filem yang dibintangi teraju utamanya iaitu Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim dan Bront Palarae ini diarahkan oleh Dain Iskandar telah ditayangkan di pawagam pada Mac tahun lepas.

Selain itu filem Songlap terbitan Red Communications telah  membolot tiga anugerah utama melalui Anugerah Pengarah Filem Terbaik (Fariza Azlina/Effendee Mazlan), Pelakon Lelaki Terbaik Filem (Shaheizy Sam) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem menerusi lakonan Syafie Naswip.

Pada tahun ini, tema yang dipilih adalah Selami Dunia Fantasi Kami yang diacarakan oleh Neelofa dan Awal Ashari yang berkongsepkan penceritaan alam fantasi dan dogeng dahulu kala.
 
Untuk senarai penuh pemenang-pemenang anugerah bagi kategori yang lain adalah seperti yang berikut:
 
Lakon Layar Terbaik Filem: Dain Iskandar Said (Bunohan)Lakon TV Terbaik: Lum Pung Hui (Di Telapak Kaki Bonda)
Videografi Terbaik: Aku Mahu Terbang Neon Entertainment Sdn Bhd
Laporan Khas/Berita Terbaik: Bom Jangka TV9, Amin Hayat
Drama Komedi Terbaik: Elly dan Epit, Red Communications Sdn Bhd
Rancangan Realiti Terbaik: Jemputan Umrah
Anugerah Artis Harapan Pantene: Putri Balqis (Pelarian)
Rancangan Bual Bicara Terbaik: Bella: Labour Day Special
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama: Namron (Parit Jawa)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama: Sherie Merlis (Di Telapak Kaki Bonda)
Rancangan Hiburan Terbaik: Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem: Lisa Surihani (Ombak Rindu)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem: Syafie Naswip (Songlap)
Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik: Dunia Tersembunyi (Rambu Solok)
Rancangan Muzikal Terbaik: Anugerah Juara Lagu 26
Pelakon Wanita Terbaik Drama: Ruminah Sidek (Sepatu Merah)
Pelakon Lelaki Terbaik Drama: Abu Bakar Omar (Gincu Ayah)
Pelakon Wanita Terbaik Filem: Maya Karin (Ombak Rindu)
Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Shaheizy Sam (Songlap)
Pengarah Terbaik Filem: Fariza Azlina dan Effendee Mazlan (Songlap)
Pengarah Terbaik Drama: Kabir Bhatia (Di Bawah Telapak Kaki Bonda)
Anugerah Yasmin Ahmad: Pierre Andre
Drama Rantaian Terbaik: Jangan Ambil Padang Kami (Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Filem Terbaik: Bunohan (Apparat Sdn Bhd)
Drama Terbaik: Di Telapak Kaki Bonda (Filmscape Sdn Bhd) 

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails