Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Monday, November 12, 2012

Empat Punca Bahagia

Semua orang mahukan kehidupan yang sempurna. Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam, yang memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu:


  1. Wanita yang solehah iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.
  2. Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang.
  3. Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak-saudara dan keluarga serta dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah keluarga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil berat di antara satu sama lain.
  4. Kenderaan yang selesa keran itu akan memberikan kemudahan dalam segala urusan.
Bagaimana pun antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup adalah sikap berfoya-foya dengan kehidupan yang mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja. Tabiat ini sering disebut di dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu.


Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain. Mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari ini, kerana perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran kemewahan turut berbeza. Namun yang penting, bersederhanalah dalam ukuran masing-masing.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails