Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Tuesday, November 6, 2012

Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M)



Untuk membantu meringankan beban perbelanjaan dan kos sara hidup siswa siswi sama ada di IPTA atau IPTS, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mewujudkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M).

Di sini aku senaraikan kriteria-kriteria yang melayakkan pelajar untuk menerima KADS1M ini iaitu:
  1. Semua pelajar IPT awam dan swasta yang mengikuti pengajian jangka panjang peringkat sijil, diploma atau ijazah ke atas yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas.
  2. Pelajar yang mengikuti pengajian sepenuh masa.
  3. Warganegara Malaysia.
KADS1M ini diberikan secara percuma kepada pelajar-pelajar yang layak dan disalurkan secara automatik kepada pelajar melalui pihak pentadbiran IPT masing-masing. Jika berlaku kehilangan kad ini pelajar terbabit akan dicaj sebanyak RM2.00.

Untuk menggunakan kad ini pelajar hanya perlu menunjukkan KADS1M bersama-sama kad pelajar atau kad pengenalan bagi mendapat diskaun pembelian barangan dan perkhidmatan di premis-premis perniagaan yang mengambil bahagian.

Beruntung dah bertuahnya pelajar-pelajar zaman sekarang. Banyak bantuan yang diberikan oleh kerajaan. Semoga kemudahan yang diberikan ini digunakan secara bijak dan berhemah oleh pelajar-pelajar.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails