Sebelum ini di dalam entri yang telah lepas aku ada kongsikan berita mengenai Pelajar Maut Dibelasah Rakan Sebaya.
Maklumat terkini mengenai
kes ini adalah adalah 2 remaja terbabit telah dihadapkan ke
Mahkamah Kanak-Kanak atas tuduhan menyebabkan kematian seorang pelajar
sebaya mereka dalam pergaduhan di Stesen Bas Pulau Sebang, Tampin, bulan lalu.
Walau bagaimanapun mereka ini tidak mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan. Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama menyebabkan kematian K. Saravannan, 14, di Tingkat 1, Perhentian Bas & Teksi, Pulau Sebang, kira-kira pukul 2.30 petang, 24 Oktober lalu.
2 remaja ini didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Shazwani Ishak yang mengendalikan pendakwaan mencadangkan supaya remaja terbabit dibebaskan dengan jaminan RM10,000 setiap seorang.
Namun peguam yang mewakili mereka memohon jaminan dikurangkan dengan alasan ibu tertuduh pertama hanya bekerja sebagai pekerja kilang dengan pendapatan tidak sampai RM1,500 dan mempunyai anak yang bersekolah.
Bagi tertuduh kedua pula, bapanya hanya bekerja sebagai buruh dengan pendapatan RM1,500 dan menanggung lima anak dan isteri.
Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, Majistret Mohd. Firdaus Saleh membenarkan jaminan RM5,000 setiap seorang selain menetapkan syarat tambahan, mereka perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.
Dalam prosiding tertutup itu, mahkamah menetapkan 28 November ini untuk sebutan semula kes tersebut
No comments:
Post a Comment