Jawatan Kosong (Terkini)

Malaysia Career (Terkini)

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Malaysia Job Portal (Terkini)

JobStreet.com (Terkini)

Thursday, November 22, 2012

KADS1M hanya terhad untuk pelajar universiti


Pada hari ini kita boleh lihat banyak keistimewaan yang diberi kepada pelajar-pelajar di Malaysia seperti Baucar Buku 1Malaysia (BB1m), Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) dan lain-lain lagi.

Di sini aku ingin kongsikan laporan daripada akhbar mengenai KADS1M iaitu pemberiannya kepada pelajar-pelajar IPT di Malaysia. Seperti yang kita tahu buat masa ini pemberian KADS1M hanya diberikan kepada penuntut institut pengajian tinggi awam atau swasta di negara Malaysia. 

Dengan kata lainnya adalah eksklusif dan terhad kepada pelajar IPT sahaja. Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pemberian KADS1M hanya khusus diberikan kepada pelajar IPT dan bukannya kepada semua pelajar sekolah adalah untuk menjaga keistimewaannya.

Mengikut laporan terkini, daripada jumlah 1.5 juta penuntut  sebanyak 900,000 pelajar IPT telah pun menerima KADS1M ini. Jumlah selebihnya akan dijangka selesai diedarkan menjelang hujung bulan ini.

Menerusi KADS1M ini banyak keistimewaan yang boleh dinikmati oleh pelajar IPT ini seperti kemudahan potongan harga sehingga 60 peratus bagi pembelian barangan dan perkhidmatan daripada syarikat-syarikat yang mengambil bahagian dengan program ini. 

Maklumat mengenai kriteria-kriteria yang diperlukan untuk melayakkan pelajar menerima keistimewaan ini bolehlah merujuk kepada entri  aku yang lepas Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M).


1 comment:

Zalin Mansor said...

Untungla plajar IPT sekarang :)

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog List