Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Monday, November 26, 2012

Kebaikan kamera AES

Sehingga ke hari ini perbicangan mengenai kamera AES ( Sistem Penguatkuasaan Automatik) masih lagi hangat diperkatakan. Ada yang menyokong dan juga ramai yang membantah. Kalau dah membantah tu faham-faham jerlah.  

Memang tidak dinafikan sistem AES ini ada kebaikannya. Jika ditanya kepada setiap individu, adakah mereka suka gerak geri diperhatikan terutamanya ketika memandu di jalan raya. Mesti jawapannya tidak. Ditambah lagi dikenakan hukuman jika melakukan kesalahan seperti memandu melebihi had laju, melanggar lampu isyarat, menggunakan lorong kecemasan dan lain-lain lagi.

Di sini aku kongsikan serba sedikit mengenai kebaikan kamera AES ini:

  1. Untuk mengurangkan kemalangan dan kadar kematian di jalan raya yang tinggi di negara ini, iaitu 19 orang sehari.
  2. Memantau setiap kesalahan pengguna jalan raya 24 jam
  3. Dapat mendidik pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati ketika memandu (kerana mereka sedar diri mereka diperhatikan ketika memandu)
  4. Dapat mengurangkan kemalangan maut di kawasan yang telah dipilih pemasangannya.
  5. Dapat mendidik mereka yang sentiasa melanggar lampu isyarat supaya sedar jika melanggar lampu merah akibatnya melayanglah duit.
  6. Sistem AES untuk mendidik dan bukannya untuk menghukum.
  7. Sistem ini bukan sebagai perangkap kerana 2 km sebelum sampai ke kawasan kamera AES itu, pengguna telah dimaklumkan melalui papan tanda bahawa di depan mereka ada kamera dan 1 km kemudian satu lagi tanda jalan memberitahu di depan mereka ada kamera AES dan 500 meter sebelum tiba di kawasan kamera, mereka dimaklumkan sekali lagi. Kalau sengaja langgar peraturan tu memang nak bagi duit free kat kerajaan. Takpe sedekah sekali sekala.
  8. Dapat memberi amaran kepada pemandu supaya mematuhi had kelajuan.

Walau bagaimana pun aku harap pihak kerajaan mengkaji kelemahan pemasangannya seperti dari segi saiz papan tanda amaran atau jika diletakkan di tempat yang tidak sesuai seperti terlindung dan lain-lain yang boleh menyebabkan pengguna jalan raya terlepas pandang. Ini boleh mengelakkan daripada tanggapan orang ramai bahawa kamera AES ini sebagai 'PERANGKAP'. 





1 comment:

Cik Fie said...

Cam best je kamera ni :)

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails