Jawatan Kosong (Terkini)

Malaysia Career (Terkini)

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Malaysia Job Portal (Terkini)

JobStreet.com (Terkini)

Tuesday, November 27, 2012

Mat Yo bebas


Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo akhirnya bebas daripada kontrak bersama KAFA. Ianya diputuskan  oleh  Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang telah bersidang di mana berita gembira buat Mat Yo ini diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Status FAM, Datuk Takiyuddin Hassan di Wisma FAM.

Jawatankuasa yang terlibat di dalam membuat keputusan ini telah terlebih dahulu mendengar dan meneliti dokumen yang dikemukakan sebelum memutuskan kontrak Mat Yo bersama KAFA telah tamat dan berkuatkuasa hari ini.

Selain itu juga pada hari ini adalah secara rasminya wakil KAFA mengesahkan bahawa pihak mereka tidak meletakkan atau mendaftar nama Mat Yo bagi mewakili pasukan Kelantan pada tahun hadapan. Dengan keputusan ini bermakna Mat Yo telah bebas dan boleh beraksi untuk mana-mana pasukan yang memerlukan khidmatnya bagi   kempen liga Malaysia pada tahun hadapan.

Walau bagaimana pun pihak yang terlibat masih perlu mematuhi setiap syarat yang ditetapkan. Di dalam kes yang melibatkan Mat Yo, beliau masih lagi mempunyai baki kontrak setahun bersama pasukan Kelantan. Disebabkan Mat Yo ingin menamatkan khidmatnya untuk pasukan Kelantan sebelum berakhirnya kontrak tersebut maka beliau perlu membayar baki kontraknya kepada pihak KAFA.




1 comment:

krole said...

pergh!!! komfirm smua berebut nakkn mat yo~

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails