Kepentingan senyuman ternyata besar dan mempengaruhi situasi dan antara peranannya adalah:
- Senyuman sebagai sedekah dan paling utama tanda keikhlasan.
- Senyuman yang diberikan juga menggambarkan perasaan atau jiwa kita.
- Senyuman lambang kesihatan kerana mereka yang sihat jiwanya akan sentiasa tersenyum.
- Senyuman juga adalah aksesori atau hiasan semulajadi yang tidak perlu ditambah semula tenaganya kerana ia akan lahir begitu sahaja.
- Selain itu senyuman adalah mukadimah pertama yang hebat kerana kuasanya begitu kuat untuk menarik orang lain dekat atau duduk bersama dengan kita.
- Senyuman juga lambang kejayaan kerana orang yang banyak tersenyum adalah orang yang berjaya.
- Orang yang tersenyum adalah mereka yang dekat dengan Allah dan banyak bersyukur.
- Tiada dendam dalam jiwa seseorang yang mudah memberi senyuman.
- Senyuman yang paling berkesan adalah yang dapat dirasai semua orang.
- Selain itu senyuman adalah terapi terbaik untuk penawar sakit jiwa.
No comments:
Post a Comment